Jumat, 28 Februari 2014

10 Ide Make Up Paling Ekstrem

Beberapa dekade ini perkembangan fashion sudah berkembang pesat. Ide dan aliran baru pun bermunculan melengkapi warna-warni dunia yang awalnya milik kaum hawa ini.
Setiap tahun, trend fashion pasti berubah-ubah. Hal ini juga berlaku untuk dunia make-up yang selalu mengikutinya. Berikut adalah list  make-up yang terlihat ekstrem bagi orang awam, dan bahkan beberapa juga terlihat ekstrem bagi orang yang bergelut di bidang make-up sekalipun.
1. Musim Dingin

Di jaman modern ini kita diharuskan membuka mata kita atas ide-ide baru yang bermunculan. Salah satunya dengan tema make-up satu ini.
Cukup pakai lipstik berwarna hitam dan tempelkan beberapa berlian imitasi di kelopak mata Anda. Semoga Anda benar-benar tidak kesulitan saat mencoba membuka mata Anda.


2. Burung Merak

Kelopak mata digambar dengan tema dan warna seperti bulu burung merak yang begitu indah.

3. Tirai Mata

Ada satu fungsi utama dari make-up ini : Agar tidak silau saat terkena sinar matahari!

4. Vampire?

Pertama kali diperkenalkan oleh Roque Cozzete. Dengan eye shadow setebal itu, semoga kita tidak menemukan taring yang panjang ketika dia membuka mulutnya. Hiiii!!!
5. Sulam

Diciptakan oleh Krista, yang merupakan penata rias spesialis untuk fotografi, teater, dan film. Kalau saja sang penata rias juga berprofesi sebagai seorang penjahit, mungkin muka cewek ini sudah tertutup sempurna. Dan dia tidak akan membutuhkan sweater lagi.
6. Tengkorak
Kami sarankan agar Anda tidak memakai tema make-up sejenis ini saat menghadiri pesta pernikahan.

7. Futuristik

Tema ini diciptakan oleh penata rias Jangsara saat memperingati hari Star Wars sedunia.
8. Jaman Purba

Ingin tampak jadul? Masih belum puas dengan model hipster yang sekarang lagi booming? Mungkin Anda perlu mencoba tema make-up yang satu ini. Jangan lupa memakai baju ala film Flintstones lengkap dengan pentungan batunya!

9. Abstrak

Ketidaksempurnaan itu indah. Mungkin ini yang coba digambarkan oleh penata rias asal Prancis ini. Anda tidak perlu jauh-jauh datang ke Paris dan membayar mahal seorang Alexandre Vauthier untuk memberikan Anda make-up seperti yang tampak di foto ini bukan?
10. Resleting
a
Hei! Resletingmu lupa ditutup! Make-up ini diciptakan oleh Alex Luckadoo, Reno, Nevada. Dia masih memiliki banyak resleting untuk anda! Berminat untuk mencoba?
 
 
sumber
ReadFull Article ..

Kamis, 27 Februari 2014

Polis buru tahanan ambil tebusan di Bukit Mertajam

Wartawan Sinar Harian
13 Januari 2013
Muka depan Sinar 8 Januari
Muka hadapan Sinar Harian bertarikh 8 Januari (Selasa)
TASEK GELUGOR -  Seorang tahanan yang meloloskan diri Isnin lepas dipercayai menjadikan seorang remaja sebagai tebusan dalam kejadian pukul 11 malam tadi di Bukit Mertajam dekat sini.
  
Tahanan itu dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam Abdul Rani dan dipercayai membawa tebusannya Khairul Anas Mohd Fadli, 19, ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda.
  
"Kita dapat maklumat dari orang awam memaklumkan ternampak salah seorang tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam membawa remaja berkenaan menuju ke kawasan
hutan di situ. Saksi turut melihat tahanan itu membawa sebilah parang panjang bersamanya," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar.
  
Menurutnya, bapa remaja itu juga membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku ketika remaja berkenaan dalam perjalanan pulang dari rumah abang iparnya berhampiran tempat kejadian.
  
"Sebaik kita menerima maklumat berkenaan pihak polis menghantar sekumpulan anggotanya ke tempat kejadian dan saya juga telah mengarahkan pihak Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dalam hutan di kawasan itu," katanya.
  
Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis berjaya memberkas dua tahanan termasuk seorang yang menyerah diri malam tadi.
  
Mohamad Farid Akhtar, 24, ditahan ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Seman pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada pukul 10 malam.
  
"Pemilik kedai makan berkenaan menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat salah seorang tahanan meminta makanan. Anggota kita dihantar ke kedai makan itu dan didapati lelaki terbabit adalah Mohamad Farid dan kita menahannya.
  
"Ketika ditahan dia dalam keadaan tidak bermaya kerana tidak makan sejak beberapa hari lepas," katanya.
  
Abdul Rahim berkata operasi menjejaki dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37 serta Hisham Abdul Rahman, 39 kini diperhebat dan mereka dipercayai berada di sekitar kawasan Permatang Pauh.
  
Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
  
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.
  
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. - Bernama

ReadFull Article ..

Rabu, 26 Februari 2014

Rozita Che Wan Dibedal Gara Gara Tayang Peha Gebu


Sejak menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga bersama, setiap gerak geri dan tingkah laku Zain Saidin dan Rozita Che Wan semakin menjadi bualan hangat di kalangan pihak media dan juga peminat-peminat industri hiburan tempatan. 

Terbaru menerusi laman Instagram milik Zain Saidin, pelakon ini telah memuat naik sekeping foto mesranya bersama kekasih hati dan menerusi foto yang dipaparkan, Rozita Che Wan pada ketika itu sedang memakai skirt pendek sehingga menampakkan bahagian pehanya sewaktu duduk berbual bersama Zain di atas sebuah sofa. 

Berikutan foto ‘manja tersebut, pelakon wanita ini telah mendapat kritikan hebat oleh segelintir peminat sehingga ada yang melahirkan rasa malu melihat penampilan sebegitu. 

ReadFull Article ..

Selasa, 25 Februari 2014

Gambar Pernikahan Azza Elite dan Azlan

Salam semua,


Gambar Pernikahan Azza Elite dan Azlan

Gambar Pernikahan Azza Elite dan Azlan 2012? Lagi artis melangsungkan pernikahan, kali ini giliran Azza Elite pula. Walaupun nama artis ini tidak semegah nama seperti Lisa Surihani, Ana Raffali dan sebagainya, namun jika namanya artis pasti akan mendapat liputan dari media hiburan tanah air. Tahniah diucapkan buat Azza Elite kerana selamat bergelar isteri kepadaAzlan Zulaily dengan 3 kali lafaz selepas solat asar.


Majlis pernikahan Azza Elite dan Azlan Zulaily yang berlangsung di Masjid Bukit Antarabangsa dihadiri oleh ahli keluarga dan beberapa rakan artis antaranya Rozita Che Wan, Roslan Shah, Abby Abadi (Ahli Kumpulan Elite), Shasa dan Watie.
Dalam Majlis pernikahan tersebut, Azza menerima wang hantaran RM10000 dan 9 dulang hantaran yang antaranya terdiri daripada beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300. Manakala pihak pengantin lelaki menerima 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan persalinan. Tahniah sekali lagi kepada kedua-dua pasangan pengantin. Semoga pernikahan Azza Elite dan Azlan diberkati Allah dan berkekalan hingga ke ahkir hayat.
Mari sama-sama kita lihat gambar di sekitar pernikahan Azza Elite dengan Azlan. [sumber]
ReadFull Article ..

Senin, 24 Februari 2014

Janda Arab Saudi Berani Bayar 5 Juta Riyal Untuk Cari Suami

indah.com      31 Jul 2012 



Seorang wanita Arab Saudi berani menawarkan wang sejumlah 5 juta riya  kepada kaum lelaki yang bersedia menikahinya.

Keinginan tersebut dipublikasikan dalam sebuah majalah lokal berbahasa Arab, Roa. Ia mengatakan kepada pelamar yang berminat untuk mengirimkan lamarannya via e-mail atau fax.

"Pelamar harus meninggalkan nombor teleponnya sehingga sang wanita boleh menghubunginya jika ia setuju untuk menikah," tulis majalah tersebut yang dilansir dari bikyamasr,  (15/04/2012).

Dalam keterangannya, wanita yang tidak disebutkan namanya mengatakan tidak peduli jika suaminya kelak tidak mencintai dirinya dan hanya tertarik pada wangnya. Namun yang terpenting, ia memberikan syarat agar lelaki itu  menghargai perkahwinan dan menjalankan tugasnya sebagai ketua rumah tangga.

Lebih jauh lagi, sang wanita misteri itu mengatakan bersedia bila sang lelaki menginginkan perkahwinan Misyar dan hidup terpisah.

Majalah tersebut kemudian menceritakan sekelumit tentang jati diri sang wanita yang mengaku seorang janda. Ia pernah menikah, tapi kemudian bercerai kerana suaminya dianggap serakah dan hanya menginginkan wangnya.

"Saya memutuskan pilihan yang salah. Saya ingin membuat pilihan yang benar sekarang. Obsesi saya sekarang adalah menikah," ujar wanita tersebut.

Jika bersedia, sang lelaki akan tinggal di Vila miliknya dan harus menerima segala persyaratan dan kondisi yang baru akan diberitahu kemudian.

Pernikahan misyar merupakan sebuah pernikahan di mana suami dan isteri tidak tinggal serumah dan hanya bertemu secara berkala.

Di Arab, pernikahan misyar diperbolehkan. Meski begitu, pernikahan ini tidak popular kerana pihak wanita kehilangan hampir semua haknya. Selain itu 80% dari pernikahan Misyar berakhir dengan perceraian.
osseram
sumber
ReadFull Article ..

Minggu, 23 Februari 2014

Inilah Manfaat Konsumsi Alpukat Untuk Kaum Hawa

Hasil penelitian menyebutkan bahwa konsumsi buah alpukat baik untuk kesehatan, bahkan mereka memiliki kondisi kesehatan yang lebih baik dan kaum hawa memiliki tubuh lebih langsing daripada mereka yang tidak. 
Penelitian sebelumnya juga telah menunjukan bahwa wanita yang konsumsi buah alpukat lebih subur dan mencegah penuaan. Kini penelitian terbaru menyebutkan bahwa konsumsi alpukat kadar kolesterol menjadi normal dan terhindar dari penyakit jantung, stroke, dan diabetes.
Penelitian ini juga menunjukkan bahwa mereka yang rajin konsumsi alpukat lebih sehat dan pola makan menjadi lebih baik dan kaum hawa mendapatkan tubuh langsing. 
ReadFull Article ..

Sabtu, 22 Februari 2014

Amah bakar diri sendiri gambar kurang sopan tersebar di internet


on Monday, May 6, 2013 

KUALA PILAH – Akibat kecewa dan sedih gara-gara gambar kurang sopan tersebar di laman sesawang, seorang pembantu rumah warga Indonesia nekad membakar diri di rumah majikannya, jam 11 pagi, di Jemapoh, di sini, semalam.

Mangsa bernama Wiji, 45, seorang janda, bekerja di rumah majikannya, Zaharah Abu Bakar, 79, selama dua tahun di Kampung Jemapoh.

Difahamkan, mangsa sebelum ini pernah mengadu gambar tidak senonoh miliknya tersebar di laman sesawang dan melahirkan rasa sedih serta tertekan kerana keluarga di Indonesia telah mengetahui perkara tersebut.



Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa dinasihatkan untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut namun mangsa menolak.

“Majikannya, Zaharah telah pergi ke dapur untuk bersarapan, namun ketika melintas di bilik air, ternampak api di pintu bilik air lalu menjerit memanggil anak perempuannya, Kamaliah Tajul Arus. 55.

“Majikan nampak badan mangsa telah terbakar dan terlentang di atas lantai. Kemudian Kamaliah cuba memadam api tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana mangsa telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan forensik mendapati, anggota badan mangsa telah terbakar 80 peratus dan tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, tinjauan pemeriksaan dari telefon bimbit mangsa mendapati terdapat satu khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar kepada anaknya di Indonesia.

“SMS itu menyatakan jika berlaku apa-apa ke atas dirinya, anaknya harus menjaga diri dengan baik. Berkemungkinan, mangsa membunuh diri kerana tiada kesan pergelutan berlaku dan tiada sesiapa
di tempat kejadian. Bagaimanapun, kes ini diklasifikasikan kematian mengejut," katanya.

Azmi berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diambil dari majikannya, mangsa seorang pekerja yang baik dan tidak memiliki teman lelaki.

Sumber
ReadFull Article ..

Jumat, 21 Februari 2014

Persatuan Automotif Malaysia sokong Kempen Turunkan Harga Kereta

KUALA LUMPUR 28 Ogos: Dasar Automatif Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta seperti dirancang KEADILAN menerusi Kempen Turunkan Harga Kereta mendapat sokongan Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.

Mengalu-alukan sokongan itu, Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan MAA bahawa harga kereta patut diturunkan berperingkat-peringkat seiring dengan kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Anwar menegaskan penurunan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama lima tahun bagi mengelakkan harga kereta sedia ada dan terpakai merudum.
“Beliau turut menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pembuat dan penjual kereta sebelum sebarang penurunan duti eksais di dalam Belanjawan Persekutuan setiap tahun,” katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi berkata, pelancaran Kempen Turunkan Harga Kereta dibuat kerana KEADILAN merasakan ia adalah cara efektif dan segera untuk menaikkan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia.

Menurutnya, angka-angka dari pelbagai sumber termasuk Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Awam 2009 yang diterbitkan Jabatan Statistik mencatatkan beberapa fakta yang merisaukan seperti di bawah:

i) 53 peratus daripada isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan bawah RM3,000 sebulan;
ii) 71.9 peratus daripada isi rumah di Malaysia memiliki atau menggunakan kereta;
iii) Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK di Malaysia telah meningkat 33 peratus pada 1997 kepada 78 peratus pada 2011, iaitu lebih tinggi bagi tahap pendapatan perkapita negara;
iv) Kadar hutang isi rumah kepada KDNK adalah 140 peratus pada 2011, lebih tinggi dari Singapura (105%), Thailand (53%) dan Indonesia (38%);
v) Jumlah hutang daripada kereta peribadi merupakan jumlah hutang kedua terbesar selepas rumah kediaman sebanyak RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan
vi) Jumlah hutang daripada kereta swasta telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Kata Nik Nazmi, penurunan harga kereta lebih rendah bermakna pinjaman untuk pembiayaan juga rendah.
“Rakyat Malaysia tidak akan menghabiskan begitu banyak pendapatan isi rumah mereka untuk membayar pinjaman di mana sebahagian besarnya adalah cukai kerajaan,” ujar beliau.

Sebaliknya, beliau berkata, pengguna akan mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih pesat.

Tambah beliau, KEADILAN akan mengadakan forum di seluruh negara bermula September ini sempena kempen tersebut.
“Kami turut bercadang menjemput MAA dan berharap mereka dapat hadir bagi berkongsi idea tentang isu penting ini,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
ReadFull Article ..

Kamis, 20 Februari 2014

Pendapat Para Pria Tentang Warna Lipstick Wanita



Lipstik wanita membuat pria banyak tertarik, ketertarikan dengan warna lipstik wanita menimbulkan pendapat yang hampir sama para kaum pria. Buatlah agar pria berpendapat positif tentang lipstik yang kita kenakan dan selalu mengaguminya.

Bagi kita, lipstik merah dipakai saat ingin tampil glamor dan jadi pusat perhatian, lipstik nude untuk penampilan natural, dan mungkin lipstik dengan warna metalik untuk pergi clubbing.

Namun apa pendapat pria tentang warna-warna lipstik wanita ?

1. Warna Merah
Merah klasik seperti dipakai Taylor Swift "Jenis warna yang meminta perhatian. Jika Anda berada di bar dengan teman-teman perempuan dan ingin menarik perhatian pria, ini bisa menjadi sejenis mercusuar. Jika Anda sedang berkencan dengan suami, warna ini mengatakan Anda siap membuat suasana menjadi lebih menarik. Di sisi lain, pria tidak bisa mencium seorang gadis berbibir merah terang sebab bisa-bisa jadi terlihat seperti badut."

2. Warna Orange
Oranye terang seperti dipakai Emmy Rossum "Ini membuat saya berpikir...."Mau Fanta?" Dan juga pengguna warna ini memiliki kepribadian dinamis dan enak diajak bersenang-senang. Sangat percaya diri. Tidak takut mencoba sesuatu yang berbeda."

3. Warna Nude
Warna nude seperti dipakai Jennifer Lopez "Ketika Anda menggunakan lipstik yang senada dengan warna kulit, Anda terlihat pucat seperti mayat, Anda tampak seperti sedang kedinginan. Ini membingungkan bagi pria."

4. Warna Ngejreng
Warna-warna ngejreng "Ini hanya cocok bagi remaja. Jadi jika Anda berada dalam kelompok usia "Sex and the City," Anda malah bisa terlihat sedikit norak."

5. Warna Ungu
Ungu tua/merah anggur seperti dipakai Rooney Mara "Warna ini menunjukkan penggunanya tidak takut mengambil risiko. Ini juga membuat saya merasa dia mudah tersinggung dan tidak bisa dilawan (dalam konotasi positif). Bukan berarti dia berada dalam sisi yang gelap, tapi dia.... berbeda. Di wanita yang menarik. Warna gelap itu menarik."

6. Warna Pink
Pink terang seperti dipakai Sofia Vergara "Warna ini tidak memiliki aura klasik romantis seperti merah terang. Ini lebih ke arah gaya punk, rockstar, petualang. Warna ini mengindikasikan, sang wanita tak takut untuk jadi liar."

Kenakan lipstik sesuai dengan keperluan atau acara yang akan didatanginya, jangan sampai menggunkan lipstik asal menarik atau terlihat menarik saja. Karena kaum pria akan menilai anda semua.

sumber
ReadFull Article ..

Rabu, 19 Februari 2014

Dickson Nwakeme sah tinggalkan Kelantan


KOTA BHARU - The Red Warriors terus dirundung episod duka selepas pemain importnya, Dickson Nwakaeme, sah meninggalkan Kelantan pada musim depan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) gagal memenuhi tuntutan gaji pemain itu.

Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan itu bersetuju untuk melepaskan penyerang dari Lagos, Nigeria itu yang menuntut gaji melebihi RM1 juta sebagai imbuhan untuk terus beraksi bersama The Red Warriors pada musim hadapan.

"Saya bersetuju melepaskan Dickson yang mahukan gaji berganda (berbanding musim ini) yang melebihi RM1 juta. Bagaimanapun, pemain yang bijak menggelecek dan mampu mengucar-kacir barisan pertahanan lawan bakal diganti dengan pemain yang mempunyai rekod penyudahan yang baik," kata Annuar dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Pemain berusia 27 tahun itu dikatakan mendapat tawaran untuk beraksi bersama sebuah kelab di Eropah.

Annuar berkata walaupun ramai yang beranggapan kualiti Kelantan sebagai juara treble pada 2012 akan merosot selepas kehilangan sebilangan besar tonggak pemainnya, beliau akan memastikan Kelantan terus mengekalkan kredibiliti pasukan itu sebagai antara yang digeruni dalam negara ini.

"Ada yang beranggapan dengan ramai pemain Kelantan termasuk Dickson dan ketua jurulatih, Bojan Hodak sudah tiada, maka hancurlah The Red Warriors. Yang hendak keluar, kita tak dapat halangnya namun tidak semestinya kita ranap begitu sahaja.

"Saya akan umumkan 22 pemain Kelantan 2014 dalam sedikit masa lagi sementara menunggu beberapa kontrak dimuktamadkan," katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kelantan bakal kehilangan lapan pemain tonggaknya iaitu Mohd Norfarhan Mohammad, Indra Putra  Mahyuddin, Azizi Mat Rose, Mohd Rizal Fahmi Rosid, S Subramaniam, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Shakir Shaari dan Mohd  Izuan Solahuddin, yang akan berhijrah ke beberapa pasukan lain.

Selain itu, Kafa turut kehilangan pengendali berbakat dari Croatia, Bojan Hodak yang memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya bersama persatuan itu pada musim hadapan dan mengambil bekas jurulatih Perak, Steve Darby bagi mengisi kekosongan tersebut.

Dalam entri berasingan di laman sosial itu juga, Annuar berkata Kafa menawarkan gaji paling tinggi yang pernah ditawarkan kepada mana-mana pemain tempatan dalam pasukan itu dalam usaha Kafa mengekalkan pemain tengah, Mohd Norfarhan, daripada berhijrah ke pasukan lain.

"Namun beliau memilih untuk ke Terengganu (T-Team)...kita berpuas hati dengan segala usaha yang telah dilakukan dan menghormati pilihannya," katanya.

Norfarhan sebelum ini dikhabarkan memilih untuk menyarung jersi bersama kelab Johor Darul Takzim (Johor DT), namun  memutuskan untuk beraksi bersama kelab dari negeri kelahirannya, T-Team pada saat-akhir.  - Bernama
ReadFull Article ..

Selasa, 18 Februari 2014

Tawaran manifesto menarik pengundi muda Johor ke ceramah Pakatan

Oleh Mohd Farhan Darwis

May 02, 2013
PR mula mensasarkan kawasan Parlimen di Johor apabila Kit Siang mengetuai usaha pembangkang untuk menawan Johor dengan meletakkan beliau di kerusi Parlimen Gelang Patah menentang Datuk Ghani Othman. - Gambar oleh Choo Choy May
JOHOR BARU, 2 Mei — Tawaran Pakatan Rakyat (PR) dalam manifesto ‘Pakatan Harapan Rakyat’ menjadi daya penarik pengundi muda Melayu di negeri selatan tanah air itu untuk bersama-sama menyertai ceramah gabungan pembangkang di Larkin, malam tadi.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, pengundi-pengundi muda yang pertama kali mengundi pada 5 Mei depan berkata mereka sedang membuat perbandingan antara tawaran Barisan Nasional (BN) dan PR, untuk membuat keputusan bagi memilih pemimpin mereka dalam Pilihan Raya 2013.
“Saya datang malam ini sebab nak tahu tawaran kedua-dua belah pihak ... apa perubahan yang dijanjikan, dalam kandungan manifesto apa yang dijanji mereka,” kata Siti, 23.

Penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengambil cuti seminggu semata-mata untuk mengundi bagi PRU13 itu juga berkata, selain menghadiri ceramah anjuran PR, beliau turut menghadiri program BN bagi membolehkan beliau membuat penilaian sebelum membuat keputusan mengundi satu-satu calon.

“Saya pergi ke program BN juga, dan setelah diteliti, saya dapati PR lebih banyak membincangkan soal polisi dan janji mereka berbanding BN yang lebih banyak mengkritik peribadi sesetengah pihak,” katanya yang datang menaiki bas dari kediaman keluarganya di Taman Molek.

Mohd Firdaus Buniran, 25, berasal dari Benut, Pontian bagaimanapun berkata kepada The Malaysian Insider, gambaran sebenar yang tidak dimainkan di media arus media perdana menjadi penyebab utama untuknya menghadiri ceramah PR.

“Saya datang nak dapatkan gambaran sebenar. Kalau dah sampai TV3 dah kena manipulasi ... Saya juga ingin melihat tawaran-tawaran yang diberikan PR,” katanya, yang juga mengakui merupakan penyokong BN sebelum ini.
“Bila saya pergi sendiri, saya akan dapat gambaran sebenar,” katanya merujuk kepada suasana ceramah dan sambutan yang diberikan kepada pembangkang.
“Persepsi masyarakat Johor adalah kubu kuat Umno ... jadi saya datang ke sini untuk dapatkan keadaan sebenar yang berlaku, orang sibuk laungkan ‘Ubah’, dan saya nak tengok sendiri,” kata Nazri Bakri, 25.

Beliau yang berasal dari Simpang Renggam berkata, atas dasar tanggungjawab, apa yang diperolehinya dalam ceramah malam itu akan turut dikongsikan bersama keluarganya.
“Saya datang sini bukan untuk saya seorang ... saya akan terangkan kepada keluarga saya,” katanya.

Ceramah PR malam tadi di perkarangan tempat letak kereta Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, yang terletak di kawasan Parlimen Johor Baru di sini turut menyaksikan kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, dan Ketua PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng berceramah di hadapan lebih 5,000 penduduk.

Balam ceramahnya, Dr Chua juga turut memuji penyandang kerusi berkenaan Tan Sri Shahrir Abdul Samad, yang menurutnya mempunyai imej yang bersih dan kredibel, namun bernaung di bawah panji-panji yang salah.
“Shahrir itu lain dari yang lain, tetapi (beliau) dalam parti yang salah.
“Rakyat sudah tentu akan pilih parti untuk tegakkan keadilan di Malaysia,” katanya dan menambah, tidak cukup dengan memilih Shahrir yang mempunyai peribadi yang baik, sebaliknya penduduk di Parlimen Johor Baru harus menukar kepada PR.

Malah, ketika sesi ceramah pemimpin utama PR juga tidak menyebut berkenaan kelemahan Sharir, sebaliknya mereka lebih kerap mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai isu dakwat kekal ketika pengundian awal pasukan keselamatan tempoh hari.
PR mula mensasarkan kawasan Parlimen di Johor apabila Kit Siang mengetuai usaha pembangkang untuk menawan Johor dengan meletakkan beliau di kerusi Parlimen Gelang Patah menentang calon BN, Datuk Ghani Othman, bekas menteri besar selama 18 tahun.

Malah, Salahuddin Ayub juga dikatakan bakal menjadi menteri besar sekiranya PR berjaya menawan kubu kuat Umno itu dengan meletakkan beliau di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.The Malaysian Insider
ReadFull Article ..

Senin, 17 Februari 2014

Mila Jadi Duta Produk Kecantikan Antarabang


Mila Jadi Duta Produk Kecantikan Antarabangsa
Mila Jadi Duta Produk Kecantikan Antarabangsa - KUALA LUMPUR : Dalam pada senyap daripada sebarang publisiti mahupun gosip hangat, Juara Akademi Fantasia 5, Mila Jirin khabarnya telah disunting oleh jenama produk kecantikan antarabangsa.
Khabarnya, Mila baru-baru ini telah menghadiri sesi fotografi dan video eksklusif bagi menjayakan kempen terbaru jenama yang beribu pejabat di Amerika Syarikat itu.
Menurut sumber yang memberi tahu portal murai.com.my, kempen kecantikan yang menggunakan wajah Mila itu akan mula disiarkan dalam beberapa bulan sahaja lagi bagi menarik lebih ramai wanita menghargai kecantikan wajah.
Portal Murai diberitahu lagi, bukan sahaja Mila, malah ada beberapa selebriti popular lain daripada pelbagai bangsa yang telah dipilih bagi menjayakan kempen berkenaan.
Ini bermakna, kehadiran Mila dalam kempen berkenaan adalah untuk menarik peminat berbangsa Melayu dan mereka yang seusia dengan penyanyi Aku Lebih Tahu itu.
Malah portal murai.com.my, perhatikan pemilihan Mila bertepatan sekali kerana dia sememangnya memiliki kulit wajah yang bukan sahaja cantik tetapi juga sihat.
Maka tidak hairanlah jenama antarabangsa berkenaan memilihnya untuk memperkenalkan variasi produk kecantikan terkini untuk kulit wajah wanita Asia masa kini. – Murai
ReadFull Article ..

Sabtu, 15 Februari 2014

10 Kisah UFO Terbesar dan Tak Terpecahkan

Fenomena penampakan UFO selalu menjadi bahan yang hangat untuk dibacarakan. Hingga kini masih banyak kejadian atau fenomena seputar UFo yang masih belum terpecahkan dan tetap menjadi misteri. Berikut ini 10 Kisah UFO Terbesar dan Tak Terpecahkan hingga kini

1. Foo Fighter


Selama Perang Dunia II, pilot perang Amerika, Inggris, Jerman dan Prancis melaporkan melihat bulatan raksasa bercahaya di langit yang tak terjelaskan. Bulatan ini kemudian diberi nama �foo fighter�. Asal muasal nama ini sendiri masih belum diketahui namun, beberapa orang memiliki teori, nama ini muncul dari kata Jerman untuk �feuer�.

2. Insiden Hopeh, China


Foto ini diambil pada 1942 yang kemudian ditemukan dalam sebuah album foto. Pemilik album ini mengklaim membeli foto ini dari fotografer jalanan di China. Beberapa orang mengklaim, UFO tampak seperti topi atau burung dan lainnya mengatakan ini merupakan piring terbang.

3. Pria Berbaju Hitam

men in black ufo
Pada 1947, seorang nelayan menglaim melihat UFO berbentuk donat terbang di udara di atas Pulau Maury di Puget Sound, Washington, Amerika Serikat (AS). Salah satu obyek ini menjatuhkan puing ke dek kapal dan melukai putera pemilik kapal dan anjingnya. Pagi berikutnya, nelayan ini mengklaim seorang pria berbaju hitam muncul di depan pintunya dan mengancam keluarganya akan berada dalam bahaya jika ia berbicara pada siapa pun mengenai insiden ini.

4. Penampakan UFO Pertama

kenneth arnold ufo 
Hanya beberapa hari setelah insiden pria berbaju hitam, Kenneth Arnold melaporkan melihat UFO terbang di udara dekat Mt. Ranier, Washington. Media kemudian menggunakan �piring terbang� untuk menggambarkan obyek itu. Arnold kemudian menjadi semi-selebriti di dunia paranormal.

5. Hilangnya Felix Moncla


Sementara mengejar UFO di Superior Lake pada 1953, pilot angkatan udara (AU) AS Felix Moncla menghilang begitu saja. Kendali darat mengaku mendeteksi Moncla dan UFO di radar dan menyaksikan kedua kedipan pada radar itu �menyatu kemudian menghilang�. Pada 1968, bagian pesawat ditemukan di danau namun bagian itu tak pernah dipastikan benar merupakan bagian pesawat Moncla atau bukan.

6. Insiden Kecksburg


Pada malam 9 Desember 1965, warga Kecksburg, Pennsylvania mengklaim ada benda besar berbentuk biji pohon ek dengan tulisan hieroglyphic jatuh di hutan. Militer dengan cepat mengelilingi area itu. Pada 2005, NASA menjelaskan obyek yang jatuh itu mungkin merupakan puing dari satelit Rusia namun saksi mengklaim penjelasan NASA tak konsisten dengan apa yang mereka saksikan.

7. Penampakan UFO Jimmy Carter


Presiden Jimmy Carter mengaku melihat obyek putih terang yang kemudian berubah warna dari biru, merah dan kembali lagi ke putih sebelum akhirnya menjauh ke Leary, Georgia pada 1969. Meski kemudian ia mengklaim tak menyangka obyek itu adalah pesawat alien, ia mengatakan, �Satu hal pasti, saya tak pernah meremehkan orang yang mengaku melihat UFO di langit�. Jika saya menjadi presiden, kata Carter pada 1976, �Saya akan menerbitkan semua informasi di Negara ini mengenai penampakan UFO pada warga dan ilmuwan�.

8. Pria Bengis

penampakan ufo indrid cold
Meski pria bengis ini pertama ditemui setelah penampakan UFO pada 1966 di Elizabeth, New Jersey, ia muncul di seluruh bagian AS setelah ada penampakan UFO dan mengatakan pada saksi namanya �Indrid Cold�. Para saksi menggambarkan pria ini bertubuh tinggi yang mirip manusia namun tak memiliki hidung atau telinga, hanya mata dan senyuman lebar.

9. Bandara O�hare


Pada Selasa 7 November 2006, FAA menerima laporan 12 karyawan penerbangan di O�Hare, Chicago melihat pesawat piring terbang besi melintasi salah satu gerbang keberangkatan. Menurut saksi, cakram ini melayang selama dua menit. Namun, saat orang akan menyelidikinya, obyek ini langsung menuju awan dan menghilang. FAA menyimpulkan, hal ini merupakan trik cuaca pada mata manusia namun saksi bersikeras menyatakan itu adalah UFO.

10. Turki

penampakan ufo turkey
Penjaga malam di Turki bernama Yalcin Yalman menyaksikan sejumlah besar UFO saat bertugas pada 2008 dan merekam kejadian itu. Ia menyediakan Sirius UFO Space Research Center video berdurasi dua setengah jam. Video itu sendiri dianggap sebagai �gambar UFO paling penting yang pernah ada� meski kebenarannya perlu dibuktikan.



sumber
ReadFull Article ..