Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Senin, 17 Februari 2014
Mila Jadi Duta Produk Kecantikan Antarabang
Mila Jadi Duta Produk Kecantikan Antarabangsa - KUALA LUMPUR : Dalam pada senyap daripada sebarang publisiti mahupun gosip hangat, Juara Akademi Fantasia 5, Mila Jirin khabarnya telah disunting oleh jenama produk kecantikan antarabangsa.
Khabarnya, Mila baru-baru ini telah menghadiri sesi fotografi dan video eksklusif bagi menjayakan kempen terbaru jenama yang beribu pejabat di Amerika Syarikat itu.
Menurut sumber yang memberi tahu portal murai.com.my, kempen kecantikan yang menggunakan wajah Mila itu akan mula disiarkan dalam beberapa bulan sahaja lagi bagi menarik lebih ramai wanita menghargai kecantikan wajah.
Portal Murai diberitahu lagi, bukan sahaja Mila, malah ada beberapa selebriti popular lain daripada pelbagai bangsa yang telah dipilih bagi menjayakan kempen berkenaan.
Ini bermakna, kehadiran Mila dalam kempen berkenaan adalah untuk menarik peminat berbangsa Melayu dan mereka yang seusia dengan penyanyi Aku Lebih Tahu itu.
Malah portal murai.com.my, perhatikan pemilihan Mila bertepatan sekali kerana dia sememangnya memiliki kulit wajah yang bukan sahaja cantik tetapi juga sihat.
Maka tidak hairanlah jenama antarabangsa berkenaan memilihnya untuk memperkenalkan variasi produk kecantikan terkini untuk kulit wajah wanita Asia masa kini. – Murai
Label:
antarabang,
duta,
jadi,
kecantikan,
mila,
produk
Kamis, 19 Desember 2013
The Star sudah jadi macam Utusan
| Harakahdaily, | 10 Dis 2012 |
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong menyifatkan, tujuan Star hanya untuk mengelirukan pembacanya yang kebanyakannya bukan Islam dengan melebelkan PAS sebagai parti ekstremis.
Walaupun telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bahawa tidak ada kes khalwat terlibat di Kelantan, akhbar MCA itu tetap dengan nada yang sama, kata Chin Tong.
"The Star merendahkan pembacanya, sama seperti Utusan, yang mengeksloitkan kekeliruan pembacanya yang banyak bukan Islam tentang perbezaan antara hudud, undang-undang kekeluargaan Islam, khalwat dan peraturan oleh pihak berkuasa tempatan," kata Liew Chin Tong dalam kenyataannya.
Bagi Chin Tong, adalah memalukan dan tidak bermoral apabila The Star, sebuah akhbar harian, membenarkan dirinya menjadi alat kepada parti politik untuk memperjuangkan agenda rasisnya, sama seperti Utusan Malaysia yang menanamkan kebencian kepada keadilan dan kesaksamaan.
Muka depan The Star hari ini melaporkan berita bertajuk Khalwat issue heats up padahal kes yang berlaku di Kelantan bukannya kes khalwat sebagaimana didakwa oleh akhbar itu.
Ia adalah berkelakuan tidak bermoral di tempat awam yang diambil tindakan melalui peraturan pihak berkuasa tempatan yang tidak ada kena mengena dengan undang-undang Islam sebagaimana yang didakwa.
(Ingat lagi kes ini....hingga kini The Star masih bebas)
Kes The Star dengan umat Islam negara ini sampai sekarang belum selesai. Bulan Ramadhan lalu, akhbar MCA itu menghidangkan daging babi bakar untuk juadah berbuka puasa umat Islam.
Beberapa bulan lalu akhbar itu menyiarkan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu dengan ukiran nama Allah pada dadanya yang telanjang. Sehingga kini, KDN hanya memberikan amaran demi amaran sahaja kepada The Star tetapi tidak berani bertindak.
Kali ini, akhbar MCA ini sekali lagi menaikkan kemarahan umat Islam atas nama hak orang bukan Islam seolah-olah undang-undang Islam ini zalim.
Langganan:
Postingan (Atom)