Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan

Jumat, 21 Februari 2014

Persatuan Automotif Malaysia sokong Kempen Turunkan Harga Kereta

KUALA LUMPUR 28 Ogos: Dasar Automatif Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta seperti dirancang KEADILAN menerusi Kempen Turunkan Harga Kereta mendapat sokongan Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.

Mengalu-alukan sokongan itu, Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kenyataan MAA bahawa harga kereta patut diturunkan berperingkat-peringkat seiring dengan kenyataan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Anwar menegaskan penurunan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama lima tahun bagi mengelakkan harga kereta sedia ada dan terpakai merudum.
“Beliau turut menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pembuat dan penjual kereta sebelum sebarang penurunan duti eksais di dalam Belanjawan Persekutuan setiap tahun,” katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi berkata, pelancaran Kempen Turunkan Harga Kereta dibuat kerana KEADILAN merasakan ia adalah cara efektif dan segera untuk menaikkan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia.

Menurutnya, angka-angka dari pelbagai sumber termasuk Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Awam 2009 yang diterbitkan Jabatan Statistik mencatatkan beberapa fakta yang merisaukan seperti di bawah:

i) 53 peratus daripada isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan bawah RM3,000 sebulan;
ii) 71.9 peratus daripada isi rumah di Malaysia memiliki atau menggunakan kereta;
iii) Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK di Malaysia telah meningkat 33 peratus pada 1997 kepada 78 peratus pada 2011, iaitu lebih tinggi bagi tahap pendapatan perkapita negara;
iv) Kadar hutang isi rumah kepada KDNK adalah 140 peratus pada 2011, lebih tinggi dari Singapura (105%), Thailand (53%) dan Indonesia (38%);
v) Jumlah hutang daripada kereta peribadi merupakan jumlah hutang kedua terbesar selepas rumah kediaman sebanyak RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan
vi) Jumlah hutang daripada kereta swasta telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Kata Nik Nazmi, penurunan harga kereta lebih rendah bermakna pinjaman untuk pembiayaan juga rendah.
“Rakyat Malaysia tidak akan menghabiskan begitu banyak pendapatan isi rumah mereka untuk membayar pinjaman di mana sebahagian besarnya adalah cukai kerajaan,” ujar beliau.

Sebaliknya, beliau berkata, pengguna akan mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih pesat.

Tambah beliau, KEADILAN akan mengadakan forum di seluruh negara bermula September ini sempena kempen tersebut.
“Kami turut bercadang menjemput MAA dan berharap mereka dapat hadir bagi berkongsi idea tentang isu penting ini,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
ReadFull Article ..

Senin, 30 Desember 2013

Malaysia tidak sebahagia dahulu menurut laporan PBB


September 13, 2013
Malaysia tidak sebahagia seperti sebelumnya menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.
Kedudukan  Malaysia merudum dari tangga 51 pada  tahun lalu ke tangga 56 berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2013.

Ini menjadikan Malaysia ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura di tangga 30 dan Thailand di tangga 36 namun masih mendahului Indonesia yang berada di kedudukan 76.

 Tahun lalu, Singapura berada pada kedudukan 33, Thailand (52) dan Indonesia (83). Rujuk rajah di bawah.

Manakala Denmark berada di kedudukan pertama negara paling bahagia di dunia dengan memperoleh markah 7.693 berdasarkan "Tangga Cantril" iaitu satu bentuk pengukuran berdasarkan penilaian responden dengan menggambarkan kehidupan sebagai tangga, berdasarkan skala 10 paling bahagia dan 0 sebagai terburuk.

Malaysia mendapat markah 5.760 dalam ujian tersebut merudum 0.377 mata daripada laporan sebelumnya. 40 negara lain turut mencatat penurunan sementara 60 negara lagi mencatat peningkatan.
Bagaimanapun, kajian tersebut tidak menyatakan butiran lengkap keputusan yang diperoleh.

Laporan tahun ini berdasarkan maklumbalas yang diterima dari tahun 2010 hingga 2012 daripada 156 negara yang dikeluarkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan PBB (SDSN).
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jangka hayat sihat, sokongan sosial untuk mendapatkan bantuan, persepsi rasuah, sifat pemurah dan kebebasan membuat pilihan adalah faktor yang diambil kira dalam kajian itu.

Laporan tersebut juga mendedahkan beberapa perkembangan baru seperti dunia kini lebih bahagia dan pemurah sejak lima tahun lalu berdasarkan penilaian penduduk mengenai hidup mereka.

"Laporan ini kaya dengan maklumat dimana ukuran dan kajian yang dilakukan secara sistematik boleh mengajar kita bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan perkembangan mapan," kata Pengarah Institut Bumi Universiti Columbia, Jefrrey D. Sachs.
"Kini berlaku peningkatan permintaan sedunia apabila penduduk mementingkan polisi dan mengutamakan kualiti hidup," katanya. - 13 September, 2013.
The Malaysian Insider
ReadFull Article ..

Rabu, 25 Desember 2013

Pengganas Sulu Umpan Polis Malaysia Dengan Kubur


Pengganas Sulu Umpan Polis Malaysia Dengan Kubur
Kuala Lumpur: Kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.

Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.

“Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap.

“Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita,” katanya.

Menurutnya, maklumat diperoleh juga menunjukkan saki-baki pengganas terbabit tidak melakukan serang hendap itu serta-merta sebaik saja anggota pasukan keselamatan menghampiri kubur.
ReadFull Article ..

Rabu, 18 Desember 2013

Kiram dakwa lapan ‘pemberontak Sulu’ adalah rakyat Malaysia

23 Mac 2013

 

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Keluarga Kiram mendakwa lapan yang dihadapkan ke mahkamah kerana menceroboh Sabah adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat Filipina, mengatakan dua daripadanya sudah maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Abraham Idjirani, jurucakap kepada lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III memberitahu media Filipina kesultanan tahu mengenai “lelaki gugur” itu dari sumber di Sabah.

“Apakah Malaysia menghidupkan semuala dua lelaki RSF itu?” soal Idjirani merujuk kepada “Tentera Di Raja” kepada kesultanan Sulu.

“Asas kami untuk mengatakan mereka bukan rakyat Filipina berdasarkan dari sumber kami di Sabah yang menelefon untuk mengatakan mereka adalah rakyat Malaysia. Mereka bukan rakyat Filipina,” kata beliau dipetik dari Philippine Daily Inquirer.

“Untuk mengesahkan ini, mereka (pihak berkuasa Malaysia) perlu mendedahkan di mana mereka ditangkap,” katanya. “Jika mereka ditangkap di luar Lahad Datu, mereka adalah orang awam [Malaysia].

“Mereka cuba untuk membuat rakyat Filipina takut, kerana pasukan keselamatan Malaysia telah menjadi kasar kerana akta keselamatan dalaman negeri mereka,” tambah Idjirani.

Beliau mengenalpasti dua yang didakwa mati dalam rekodnya dikenali sebagai Holland (dieja “Holan: oleh Idjirani) Kalbi dan Lin Mad Salleh (dieja “Ling Mad Salli” oleh Idjirani).

Idjirani mengatakan Kalbi dan Salleh adalah diantara pengikut Jamalul yang terbunuh dalam serangan di kampung Tanduo di bandar Lahad Datu pada 1 Mac.

Beliau merujuk kepada serangan polis terhadap kumpulan Agbimuddin di mana 18, bukan 10, pengikut Jamalul terbunuh.

Akan tetapi akhbar Filipina melaporkan Syarulnizam Sallah, pengerusi jabatan hak asasi manusia Persatuan Peguam Sabah (SLA) mengatakan lapan yang didakwa melancarkan aksi militan dan melancarkan perang adalah rakyat Filipina.

Salleh memberitahu akhbar tersebut beliau mengetahui mengenai kerakyatan lapan lelaki itu semasa mesyuaratnya dengan Peguam Negara Malaysia Tan Sri Abdul Gani Patail pada Khamis malam.

Walau bagaimanapun, SLA memuatnaik di laman sesawang mereka pihak berkuasa Malaysia bukan sahaja menahan rakyat Filipina tetapi juga rakyat Malaysia dalam operasi keselamatan untuk menamatkan pencerobohan kumpulan yang mendakwa diri mereka memegang takhta kesultanan Sulu.

Pihak berkuasa Malaysia telah menahan 108 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Sulu yang diketuai oleh adik Jamalul, Agbimuddin Kiram.

Lapan yang dituduh sebagai pengikut Sultan Jamalul dihadapkan dihadapan Hakim P Ravinthran di Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis untuk menghadapi pendakwaan dibawa oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap mereka sehari sebelum itu.

Kalbi, Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir didakwa melancarkan keganasan di Sabah. Jika didapati bersalah, mereka akan dipenjarakan seumur hidup.

Atik Hussein Abu Bakar dan Basad H juga didakwa kerana keganasan dan juga melancarkan perang terhadap Yang Di Pertuan Agong. Jika didapati bersalah, mereka akan dihukum mati.

Kadir Uyung dan Tiong Lating dituduh melindungi kumpulan pengganas, dan menghadapi hukuman penjara seumur hidup. Mereka telah ditangkap atas tuduhan itu di Tanjung Labian pada 4 Mac, sehari sebelum tentera Malaysia melancarkan operasi udara dan tanah untuk menghancurkan kumpulan Agbimuddin.

Tiada pengakuan dicatatkan bagi lapan tertuduh berikutan permohonan oleh Abdul Gani, yang mengetuai pasukan pendakwa. Kes itu akan bermula pada 12 April.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mengatakan mereka mengalu-alukan jaminan Gani lapan rakyat Filipina akan diberikan bantuan guaman.

Kedutaan dan Salleh dari SLA mengatakan mereka bekerjasama untuk peguam bagi yang didakwa. TMI




ReadFull Article ..