Selasa, 31 Desember 2013

Lelaki Iran Terlepas dari Maut Ketika Di Gantung

  detikNews

Teheran, - Nyaris saja! Seorang pesalah yg dikenakan hukuman gantung sampai mati   di Iran terlepas dari maut hanya beberapa minit sebelum dia mati digantung. Lelaki pembunuh itu dimaafkan oleh keluarga mangsa di saat-saat terakhir, sehingga di terlepas dari hukuman mati

Lelaki Iran tersebut dihukum mati atas pembunuhan seorang polis . Dia pun dijatuhkan hukuman gantung pada Khamis, 9 Mei waktu setempat. Namun ketika dia baru beberapa detik digantung lehernya, pihak keluarga mangsa memberikan pengampunan kepada lelaki tersebut.

"Keluarga meneriakkan pengampunan mereka ketika si pembunuh sudah digantung beberapa detik," demikian diberitakan media Iran, Mehr dan dilansir AFP, Jumaat (10/5/2013).

Kehebohan pun terjadi. Para petugas hukuman mati dengan cepat menangkap tubuh tertuduh dan memegangnya sampai mereka melepaskan lilitan tali di leher lelaki  itu. Hukuman mati mati di kota Mashhad itu pun dibatalkan.

Sesuai aturan hukum di Iran, keluarga mangsa wajib mengampuni kesalahan seorang terpidana mati guna membebaskannya dari hukuman mati. Dalam kes tersebut, terdakwa pembunuh tersebut harus membayar wang diyat (blood money) yang ditetapkan sebesar US$ 35.575 kepada keluarga korban. Selain itu terdakwa juga harus menjalani hukuman penjara.
ReadFull Article ..

BANGSA POLIP ADAKAH MEREKA INI BANGSA YANG WUJUD SEBELUM JIN DAN MANUSIA


APAKAH ITU BANGSA POLIP?

Enti ini adalah sambungan dari entri AL HIN, MAKHLUK ALLAH SEBELUM WUJUDNYA JIN DAN MANUSIA. Pada mulanya saya hanya sekadar membaca tetapi apabila terbaca entri dibawah ini menyebabkan saya berasa kagum dan membuatkan saya berfikir bahawa jika Allah ingin melakukan sesuatu perkara itu berlaku maka ianya akan berlaku. Sebenarnya banyak rahsia ALLAH yang kita tidak tahu. Sebagai manusia biasa kita hanya dapat mempelajari hanya sedikit sahaja ilmu yang Allah bagi. Selebihnya hanya Allah sahaja tahu. So, janganlah kita anggap diri kita dah cukup ilmu didada. Jika seseorang itu berilmu dia akan sentiasa mencari ilmu kerana menganggap dirinya masih banyak yang dia tidak mengetahui. Oleh itu, istiqamahlah dalam menuntut ilmu.Renung2kan dan selamat beramal. Perkara ini buat peringatan diri saya jugak =).

         sekadar gambar hiasan

 Apa kata baca entri ini dulu untuk mengetahui serba sedikit mengenai bangsa Hin sebelum membaca entri dibawah.. Semoga iman kita semakin bertambah apabila membaca entri ini. InsyaAllah =)
Apakah Itu Bangsa Polip?
Adakah anda tahu berkenaan bangsa Al-Hin yang dikatakan wujud jutaan tahun sebelum kewujudan manusia? Jika ya, Bangsa Polip juga adalah sedemikian. Bangsa ini juga telah dikatakan muncul jutaan tahun sebelum bangsa manusia wujud di muka Bumi Allah ini. Bangsa Polip juga sama sebagaimana bangsa Al-Hin iaitu mereka bukanlah daripada kalangan bangsa jin, malaikat apatah lagi manusia. Mereka adalah suatu makhluk ciptaan Allah yang lain sebelum manusia di tempatkan di muka Bumi ini sebagai Khalifah.
Dikatakan rupa jasad Bangsa Polip adalah sama sepertimana manusia namun mereka mempunyai ciri khas di belakang badan mereka iaitu sepasang sayap untuk mereka berterbangan. Istilah zaman sekarang manusia bersayap disebut sebagai Pari-Pari. Namun ada juga yang berkata bahawa Bangsa Polip bersayap dan berkaki banyak namun bertubuh manusia. Perbezaannya hanyalah pada kewujudan sayap di belakang badan dan kakinya yang banyak berbanding manusia. Wallahualam.

sekadar gambar hiasan

Malahan terdapat pendapat mengatakan bahawa Bangsa Polip ini diciptakan terlebih dahulu daripada bangsa jin. Merekalah Khalifah di muka Bumi sebelum bangsa mereka dihapuskan akibat kemaksiatan mereka pada Allah. Namun demikian, terdapat pula hujah yang bertentangan yang berpendapat bahawa Bangsa Polip ini telah musnah akibat peperangan mereka dengan bangsa manusia. Dalam erti kata lain bangsa manusia dan bangsa polip pernah berinteraksi antara satu sama lain. Wallahualam.
Daripada sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim. Antara 10 perkara di bawah, mana satu daripadanya boleh datang terlebih dahulu atau kemudian. Maknanya tanda² kiamat ini tidaklah datang menuruti turutan.
Daripada Abu Tufail bin Usaid Al-Ghiffari, beliau berkata; "Telah datang Rasulullah S.A.W sewaktu kami tengah sibuk membincangkan masalah hari kiamat.
Baginda berkata; "Apa yang sedang kamu bincangkan ini?"

Kami menjawab; "Kami tengah membincangkan hari kiamat."

Baginda berkata; "Oh, kiamat itu belum terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda."

1. Datang asap yang membuatkan kabut seluruh dunia.
2. Datang Dajjal.
3. Keluar binatang.
4. Matahari terbit dari tempat terbenamnya.
5. turun Al-Masih Isa bin Maryam
6. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
7. terjadi gerhana di tiga tempat iaitu di sebelah timur.
8. gerhana di belahan bumi sebelah barat.
9. gerhana di jazirah Arab.
10. Keluar api dari bawah tanah Eden yang akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka.
[Riwayat Muslim]

Kita fokuskan sahaja salah satu daripada tanda² kiamat itu seperti yang di bawah ini:


KELUARNYA BINATANG MELATA DARI BUMI
"Dan apabila perkataan telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan binatang sejenis melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami." [Al Naml;82-]

Daripada Abdullah bin Amr,bahawa Rasulullah bersabda; "Sesungguhnya tanda yang mula-mula muncul adalah matahari terbit dari barat dan keluar binatang kepada manusia pada waktu Dhuha. Yang mana sahaja pun yang terlebih dahulu muncul di antara keduanya, yang satu lagi akan segera menyusul."
Ketika keluarnya binatang itu nanti, dia akan bercakap dengan manusia.
Al Suddi berkata; "Binatang itu nanti akan bercakap kepada seluruh manusia menerangkan bahawa agama-agama selain Islam tidak benar dan tidak diterima Allah. Ada yang mengatakan binatang itu akan bercakap kepada manusia menerangkan jahatnya kelakuan mereka. Ata Al Khurasaniy berkata; "Binatang itu akan mengatakan pada manusia dengan kata2; "Sesungguhnya manusia tidak percaya bahawa kami akan didatangi menjelang terjadinya kiamat."
Al-Qurthubi berkata; "Binatang itu akan berkata, "Dahulu orang tidak percaya dengan kedatangan kami." Ada banyak riwayat tentang sifat dan ciri binatang itu. Ada yg mengatakan panjangnya 60 hasta. Ibnu Juraij berkata; "Binatang itu kepalanya seperti lembu, matanya seperti khinzir, telinganya seperti gajah, tanduknya seperti tanduk rusa, leher seperti burung unta, dadanya seperti dada singa, warna seperti harimau, rusuknya seperti kucing, ekor seperti kibas dan tinggi seperti unta."
Apapun, cerita² itu tidak mudah diterima akal. Saya juga menyarankan agar tidak terlalu mempercayainya kerana tidak dijumpai dalam hadis mutawatir mengenai ciri² haiwan melata yang seperti itu.
Membaca perkara ini membuatkan saya teringat akan satu kajian daripada penulis Mesir iaitu Muhammad Isa Dawud mengenai Penghuni Bumi Sebelum Manusia. Mereka mengatakan bahawa Allah S.W.T menciptakan 18 umat yang berbeza-beza di muka bumi ini sebelum Adam A.S. Di antara mereka ada yang memiliki sayap dan suaranya gemerincing. Ada yang memanggil mereka bangsa Polip. Ada yg bertubuh seperti singa dan berkepala seperti burung, memiliki rambut dan ekor serta suaranya bergema. Ada yang memiliki dua wajah dan memiliki banyak kaki. Ada yang memiliki tangan dan kaki seperti manusia dan suara jeritan mereka seperti bangau. Dikatakan bahawa umat-umat ini melahirkan keturunan sehingga menjadi 120 umat. Apapun kita sendiri tidak tahu setakat manakah kebenarannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhluk yang lebih utama, lebih baik dan indah iaitu manusia sehingga diarahkan golongan malaikat dan iblis tunduk kepadanya. Wallahualam..
Dalam Al-Quran hanya menerangkan ciri² binatang yang keluar itu nanti tahu berkata² dengan manusia. Selebih itu, semuanya merupakan Amrun Ghaibiah (perkara ghaib).
Maka apakah maksud binatang melata yang akan keluar pada akhir zaman ini nanti merupakan bangsa² makhluk berakal yang pernah Allah ciptakan sebelum kejadian manusia diciptakan di muka Bumi seperti Bangsa Al-Hin dan Bangsa Polip?
Namun yang demikian sesungguhnya masih belum ada bukti kukuh yang mampu menunjukkan bahawa kebenaran kewujudan makhluk² yang kita bincangkan ini. Apakah mereka benar² wujud atau hanya sebuah lagi mitos yang diciptakan untuk tujuan tertentu. Apatah lagi hadis di atas menyebutkan bahawa makhluk yang mampu berkata² dengan manusia itu kelak adalah binatang. Maka amat sukar untuk ditentukan kewujudan makhluk² ini sepertimana yang sedang kita bincangkan. Sesungguhnya berpegang teguhlah pada Alquran dan Hadis Rasulullah untuk keselamatan dunia dan akhirat. Maka ambil ringanlah terhadap perkara yang tidak disebutkan dalam Alquran dan Hadis. Wallahualam.
Tambahan
~ Jika di barat, manusia bersayap kini lebih dianggap sebagai malaikat.
~ Apakah juga makhluk Al-Hin itu sebenarnya adalah Bangsa Polip ataupun Bangsa Poppy, cuma tinggal hanya diberikan gelaran yang berbeza-beza?

WALLAHUALAM~
ReadFull Article ..

Senin, 30 Desember 2013

Malaysia tidak sebahagia dahulu menurut laporan PBB


September 13, 2013
Malaysia tidak sebahagia seperti sebelumnya menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.
Kedudukan  Malaysia merudum dari tangga 51 pada  tahun lalu ke tangga 56 berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2013.

Ini menjadikan Malaysia ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura di tangga 30 dan Thailand di tangga 36 namun masih mendahului Indonesia yang berada di kedudukan 76.

 Tahun lalu, Singapura berada pada kedudukan 33, Thailand (52) dan Indonesia (83). Rujuk rajah di bawah.

Manakala Denmark berada di kedudukan pertama negara paling bahagia di dunia dengan memperoleh markah 7.693 berdasarkan "Tangga Cantril" iaitu satu bentuk pengukuran berdasarkan penilaian responden dengan menggambarkan kehidupan sebagai tangga, berdasarkan skala 10 paling bahagia dan 0 sebagai terburuk.

Malaysia mendapat markah 5.760 dalam ujian tersebut merudum 0.377 mata daripada laporan sebelumnya. 40 negara lain turut mencatat penurunan sementara 60 negara lagi mencatat peningkatan.
Bagaimanapun, kajian tersebut tidak menyatakan butiran lengkap keputusan yang diperoleh.

Laporan tahun ini berdasarkan maklumbalas yang diterima dari tahun 2010 hingga 2012 daripada 156 negara yang dikeluarkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan PBB (SDSN).
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jangka hayat sihat, sokongan sosial untuk mendapatkan bantuan, persepsi rasuah, sifat pemurah dan kebebasan membuat pilihan adalah faktor yang diambil kira dalam kajian itu.

Laporan tersebut juga mendedahkan beberapa perkembangan baru seperti dunia kini lebih bahagia dan pemurah sejak lima tahun lalu berdasarkan penilaian penduduk mengenai hidup mereka.

"Laporan ini kaya dengan maklumat dimana ukuran dan kajian yang dilakukan secara sistematik boleh mengajar kita bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan perkembangan mapan," kata Pengarah Institut Bumi Universiti Columbia, Jefrrey D. Sachs.
"Kini berlaku peningkatan permintaan sedunia apabila penduduk mementingkan polisi dan mengutamakan kualiti hidup," katanya. - 13 September, 2013.
The Malaysian Insider
ReadFull Article ..

5 Syarat Terakhir Arwah Umi Kalthum

5 Syarat Terakhir Arwah Umi Kalthum | Sekeping nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu lalu.

5 Syarat Terakhir Arwah Umi Kalthum

Nota yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarham hasil perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia.

Al Fatihah, Seniwati Umi Kalthum Meninggal Dunia

Cucu dari suami pertama Allahyarham iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang disimpan Allahyarham sebagai wasiat.

“Saya terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah letakkan di atas meja mekap. Dia seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya,” jelas Amir Noor kepada wartawan Rabu lalu.

5 Syarat Terakhir Arwah Umi Kalthum
Inilah nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang ditemui di meja solek.
Allahyarham Umi Kalthum meninggal dunia pada usia 81 tahun dalam tidur kira-kira pukul 4 pagi Rabu di rumah anak hasil perkahwinan pertamanya dengan individu yang dikenali sebagai Jaafar di Ukay Prima di sini pada Rabu.

Beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit hasil dua perkahwinannya termasuklah dengan pelakon Datuk S Roomai Noor.

S Roomai Noor meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan umrah pada 16 Mac 1996 akibat paru-paru berair.

5 Syarat Terakhir Arwah Umi Kalthum

Allahyarham Umi Kalthum turut memiliki seorang anak tiri iaitu penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan terdahulu S Roomai Noor dengan pelakon Siput Sarawak.

Dalam pada itu Amri Noor berkata, lima perkara yang dicatatkan oleh neneknya itu ialah kelengkapan bagi menguruskan jenazahnya iaitu; kain batik untuk menutup dan memandikan jenazah, dua helai kain ihram termasuk milik arwah suaminya sebagai kain kapan dan selendang putih menutup muka.

Turut ditulis ialah sarung bantal bagi kegunaan melapik kepala jenazah dan dua helai kain putih yang perlu diikat pada batu dan diletakkan di simpang jalan sebagai tanda ada orang meninggal dunia.

Kata Amir Noor lagi, sebagai cucu yang paling rapat, dia sering menemani Umi Kalthum untuk ke mana-mana majlis yang dianjurkan.

Allahyarham juga kata Amir Noor turut berpesan kepadanya agar mengebumikan jenazahnya di Tamah Perkuburan Islam Klang Gate, Hulu Klang di sini iaitu berdekatan dengan kubur arwah ibunya apabila dia meninggal dunia.

Arwah juga katanya pernah melahirkan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah ataupun pada bulan Ramadan.

“Alhamdulillahlah... hajat nenek untuk meninggal dunia pada bulan Ramadan seperti yang diimpikan telah dimakbulkan Allah,” katanya.

5 Syarat Terakhir Arwah Umi Kalthum
 Rakan seangkatan, pelakon Salmah Ahmad (kiri) dan Maria Menando.
Dalam pada itu rakan seangkatan Allahyarham iaitu Datuk Maria Menando, 81, berkata, dia amat terkejut dengan berita kematian itu kerana Umi Kalthum masih dilihat cergas walaupun ketika usianya sudah lanjut.

Katanya, kali terakhir mereka berjumpa ketika menziarahi jenazah Allahyarham Latifah Omar yang meninggal dunia pada 9 Jun lalu.

“Umi seorang rakan yang sangat baik dari segi tutur kata dan tingkah lakunya. Selama mengenalinya, saya amat senang berkawan dengan dia,” kata Maria.

Pelakon Salmah Ahmad, 76, pula berkata, Allahyarham ada berpesan kepadanya agar menjada kesihatan sebaik mungkin selain mengadu sakit dada.

“Dua hari lepas dia ada telefon saya. Dia nak ajak saya bercuti ke Jakarta. Saya kata tak ada masalah. Kemudian dia bertahu, dadanya sakit sehingga kadang-kadang nak tarik nafas pun susah.

“Kerana masalah itu dia banyak kali berpesan kepada saya supaya saya menjaga kesihatan dengan baik,” katanya yang pernah berlakon dengan Allahyarham dalam filem Yatim Mustapha pada tahun 1961.

Sepanjang hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Watak jahat iaitu Putih yang dipegangnya dalam Bawang Putih Bawang Merah pada tahun 1959 pernah menyebabkan dia dibenci peminat kerana sering mendera adik tirinya iaitu Merah lakonan Latifah Omar.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate selepas solat Zuhur pada Rabu.

Turut menziarahi Allahyarham ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Yusof Haslam, Datuk Sarimah Ahmad, Aspalela Abdullah, Zalifah Ibrahim, Hayati Tasrip dan Mariani. sumber


ReadFull Article ..

Minggu, 29 Desember 2013

7 Danau Terdalam di Indonesia

7. Danau Towuti (203 m)

Danau Towuti adalah sebuah danau yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia. Secara administratif, danau ini terletak di Kecamatan Towuti, Kabupaten Luwu Timur, Provinsi Sulawesi Selatan.

Kawasan Danau Towuti merupakan bagian dari Taman Wisata Alam Danau Towuti, yang dikelola oleh Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Sulawesi Selatan, di bawah Departemen Kehutanan Republik Indonesia, dengan kedalaman maksimum 203 meter.

6. Danau Ranau (229 m)


Danau Ranau adalah danau terbesar kedua di Sumatera. Danau ini terletak di perbatasan Kabupaten Lampung Barat Provinsi Lampung dan Kabupaten Ogan Komering Ulu Selatan Propinsi Sumatera Selatan. Danau ini tercipta dari gempa besar dan letusan vulkanik dari gunung berapi yang membuat cekungan besar, dengan kedalaman maksimum 229 meter.

Secara geografis topografi danau Ranau adalah perbukitan yang berlembah hal ini praktis menjadikan danau Ranau memiliki cuaca yang sejuk.

5. Danau Singkarak (268 m)


Danau Singkarak berada di dua kabupaten di Sumatera Barat, Kabupaten Solok dan Kabupaten Tanah Datar. Dengan luas 107,8 km² danau ini merupakan danau terluas ke-2 di Pulau Sumatera. Danau ini merupakan hulu Batang Ombilin. Air danau ini sebagian dialirkan melewati terowongan menembus Bukit Barisan ke Batang Anai untuk menggerakkan generator PLTA Singkarak di dekat Lubuk Alung, Padang Pariaman. Memiliki kedalaman maksimum 268 meter.


4. Danau Dibawah (309 m)


Danau Dibawah adalah danau di Sumatera Barat, Indonesia. Danau ini terletak di 1°0′35″S 100°43′51″E / 1.00972°S 100.73083°E / -1.00972; 100.73083. Danau ini bersama-sama dengan Danau Diatas, yang dikenal sebagai Danau Kembar. Memiliki kedalaman maksimum 309 meter.


3. Danau Poso (450 m)


Danau Poso merupakan sebuah danau yang terletak di provinsi Sulawesi Tengah, Indonesia. Tepatnya di Kabupaten Poso. Danau ini merupakan danau terbesar ketiga di Indonesia dengan memiliki panjang 32 km dan lebar 16 km. Danau ini terletak pada ketinggian 657 meter di atas permukaan laut dan memiliki kedalaman maksimum 450 meter.


2. Danau Toba (529 m)


Danau Toba adalah sebuah danau vulkanik dengan ukuran panjang 100 kilometer dan lebar 30 kilometer yang terletak di Provinsi Sumatera Utara, Indonesia. Memiliki keadalaman maksimum 529 meter. Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau vulkanik bernama Pulau Samosir.

Danau Toba sejak lama menjadi daerah tujuan wisata penting di Sumatera Utara selain Bukit Lawang dan Nias, menarik wisatawan domestik maupun mancanegara.

1. Danau Matana (590 m)


Danau Matana adalah sebuah danau yang terletak di Soroako, Kab. Luwu Utara, Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia. Danau ini memiliki kedalaman 590 meter. Merupakan danau terdalam di Indonesia dan Danau terdalam ke-8 di dunia. Danau ini terletak di kordinat Ini terletak di 2 ° 297 "S 121 ° 200″ E.







sumber:
http://terselubung.blogspot.com/2011/09/7-danau-terdalam-di-indonesia.html
ReadFull Article ..

Misteri Kematian Yuri Gagarin Selama 40 Tahun Akhirnya Terjawab


Kematian Yuri Gagarin, angkasawan Rusia, yang merupakan individu pertama mengorbit bumi pada tahun 1961, telah mencetus pelbagai teori konspirasi.
Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.
Akhirnya, setelah 40 tahun menyimpan rahsia, rakan karib beliau Aleksey Leonov, tampil membuat pendedahan punca sebenar kematian Gagarin.
Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15 (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juru terbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.
Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Malangnya juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter.
Akhirnya Pesawat itu yang di pandu pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam itu melanggar pesawat Gagarin.
Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.
Leonov adalah merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu. SUMBER

ReadFull Article ..

Garam Bumbu Tertua Dengan 14 Ribu Kegunaan


Apa jadinya jika sayur tanpa garam. Begitu kira-kira ungkapan yang kerap kita dengar untuk mengungkapkan betapa pentingnya fungsi garam dalam menciptakan rasa makanan. Kenyataannya memang demikian. Terlalu sulit bagi kita untuk menyebutkan jenis masakan yang dibuat tanpa memerlukan garam.

Selain menjadi unsur penting bagi masakan, garam juga termasuk jenis bumbu paling tua yang dikenal manusia. World-foodhistory.com mencatat bahwa garam diperkirakan mulai dikenal manusia sekitar 10 ribu tahun sebelum masehi.

Suku-suku prasejarah seperti Lapps, Samoyeds, Kirghiz, Bedouin, Masai, dan Zulus dikenal sebagai konsumen utama ikan di masa itu. Mereka kerap memiliki stok makanan yang harus disimpan. Dari sinilah kemudian mereka berusaha menemukan cara untuk mengawetkan ikan sebagai persediaan makanan. Setelah beberapa kali eksperimen, akhirnya mereka mengenal garam sebagai bahan pengawet.

Mulai 2.000 tahun sebelum masehi, garam banyak digunakan untuk mengawetkan makanan. Saat itu pula, garam mulai digunakan untuk bumbu daging, ikan, juga sayur-mayur. Saat itu manusia juga mulai mencampur garam dengan minyak zaitun untuk dikonsumsi.

Mulai abad ke-19, garam lalu digunakan untuk banyak sekali tujuan. Selain dijadikan bumbu masakan, garam juga dimanfaatkan untuk memproses kulit, menghasilkan bahan-bahan kimia, jadi bahan campuran untuk membuat gerabah, mencelup tekstil, dan sebagainya. Dalam dunia industri, menurut world-foodhistory.com, dikenal ada 14 ribu kegunaan garam.

Dengan kegunaan yang sangat banyak itu, kebutuhan akan garam pun menjadi terus meningkat. Kondisi tersebut kemudian menjadikan teknik pembuatan garam juga dikembangkan. Transaksi perdagangan garam pun ikut mewarnai dinamika perekonomian dunia.
ReadFull Article ..