Tampilkan postingan dengan label banduan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label banduan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Maret 2014

300 Banduan Dibebaskan kerana Ujian Dadah Palsu

25 Nov 2013
 
 Annie Dookhan (Boston Globe)
Massachusetts - Seramai 300 banduan di Massachusetts, Amerika Syarikat terpaksa dilepaskan dari penjara. Mereka dibebaskan kerana mereka dihukum menggunakan bukti palsu.

Hukuman yang sebelumnya dijatuhkan kepada mereka dinyatakan gugur kerana didasarkan pada bukti palsu. Annie Dookhan, yang merupakan mantan ahli kimia yang bekerja untuk otoriti Massachusetts merupakan tokoh utama di balik hal ini.

Selama 9 tahun bekerja sebagai ahli kimia untuk pemerintah, Dookhan dilaporkan telah mencemari lebih dari 40 ribu kes. Dookhan sering menyatakan bahawa tinjauan pemeriksaan dadah positif tanpa melakukan pemeriksaan secara benar. Dia juga memaksa para banduan menandatangani tinjauan pemeriksaan dadah tersebut.

Dia juga didakwa mengingkari mandat yang diberikan kepadanya dan juga merosak barang bukti. Demikian dilaporkan New York Times dan dilansir news.com.au, Isnin (25/11/2013).

Atasan Dookhan mulai curiga ketika pada tahun 2010, kerana Dookhan boleh  memproses sampel uji dadah tiga kali ganda lebih cepat dari koleganya yang lain. Pada tahun 2011, Dookhan tertangkap melakukan pemaksaan untuk mendapat tanda tangan seorang banduan dalam tinjauan pemeriksaan dadah. Pada Ogos 2012, dia mengakui semua perbuatan kotornya.

"Saya membuat kekacauan besar. Saya mengacau. Saya mengacaukan semuanya dengan buruk. Ini kesalahan saya. Saya tidak ingin makmal mendapat masalah," ucap Dookhan.

Dalam perbicaraan kesnya, Dookhan mengaku bersalah atas 27 dakwaan yang dijeratkan kepadanya, termasuk memberi sumpah palsu, merosak bukti dan menghalangi hukum. Makmal tempatnya bekerja telah ditutup kerana kes ini
ReadFull Article ..

Kamis, 13 Februari 2014

Banduan muat naik gambar ke Facebook

  Bangkok: Seorang anduan penjara Phitsanulok yang memuat naik fotonya yang bergari di Facebook melalui telefon bimbit prosedur yang dilarang untuk tahanan akan dihukum bersama mereka yang membekalkan peralatan itu, kata Ketua Jabatan Salah Laku, Suchart Wong-anantachai.
Berikutan penjara Phitsanulok belum diisytihar sebagai ‘penjara putih’ bermaksud bebas daripada dadah dan bahan larangan lain tahanan di situ masih ada cara untuk mengakses Internet.

Ekoran kejadian itu Suchart menggesa pihak berkuasa penjara lebih tegas mengimbas dan memeriksa sel untuk mencari barang larangan.
Mengenai hukuman terhadap tahanan, dia berkata, panel akan dibentuk bagi menyiasat kes itu sebelum memutuskan sebarang hukuman jenayah atau disiplin. Ekoran kritikan terhadap pihak berkuasa penjara, laman Facebook berkenaan tidak dapat diakses semalam.

Tahanan terbabit dikenali sebagai pesalah rogol, Mawin Sompanwong, 28, yang ditahan di zon 5 penjara Phitsanulok.

Pengarah penjara Pongmit Prasertsakul berkata, Mawin yang dipenjara lima tahun pada 2008 bakal dibebaskan pada 1 November tahun ini. Pongmit berkata, sejak mengambil alih penjara berkenaan pada 4 April lalu dengan merujuk penjara terbabit sebagai penjara putih.
FotoMawin memuat naik fotonya dengan kaki bergari di laman sosial.
Pongmit berkata, dia sering melancarkan pemeriksaan mengejut sel penjara itu, tetapi masih terdapat tempat di mana tahanan menyembunyikan telefon bimbit dan peralatan isyarat telefon bimbit hanya berfungsi sekali-sekala di situ. - Bangkok Post
hMetro
ReadFull Article ..