Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » » » » Bantuan RM120j Najib tiada kena mengena dengan krisis air kata PR Selangor

Bantuan RM120j Najib tiada kena mengena dengan krisis air kata PR Selangor

February 04, 2013

Zuraidah berkata bantuan RM120 juta oleh Najib bukti SYABAS gagal menguruskan air di Selangor. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 4 Feb – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor menimbulkan kesangsian sama ada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) ketika ini berhadapan masalah kewangan sehingga menyebabkan Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bantuan tambahan RM120 juta kepada syarikat air tersebut, serta mendakwa langkah tersebut tiada kena mengena dengan krisis air yang dituduh oleh kerajaan pusat sebelum ini.
Pemimpin PR menyifatkan ia hanya lebih kepada gimik politik menjelang pilihan raya tidak lama lagi.
Langkah Perdana Menteri (PM) mengumumkan bantuan tersebut pada hujung minggu lalu mempunyai kaitan dengan tindakan kerajaan PR negeri Selangor apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan tempoh 14 hari kepada Putrajaya untuk menjawab tawaran mereka untuk mengambilalih SYABAS.

“Kenapa perlu Najib suntik wang kepada SYABAS? Kenapa tambah peruntukkan itu, untuk apa? Bagi saya, ia tidak akan selesaikan masalah pengurusan air oleh SYABAS hingga sebabkan bekalan terputus di sekitar Lembah Kelang,” kata Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Zuraida juga mengecam langkah Najib yang membuat pengumuman tersebut dikawasannya Ampang serta menyifatkan tindakan tersebut cubaan untuk meraih sokongan dengan mempolitikkan isu air di Selangor.

“Bagi saya ini hanya gimik politik oleh BN untuk meraih sokongan rakyat, ia jelas sebab diumumkan di Ampang,” kata Ketua Wanita PKR itu lagi yang merujuk kepada program yang dihadiri oleh Najib di Ampang hujung minggu lalu.The Malaysian Insider

Read More

Tidak ada komentar:

Posting Komentar