Jumat, 27 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Kementerian Bimbang Kematian Akibat Denggi

Kementerian Bimbang Kematian Akibat Denggi



KUALA LUMPUR – Jumlah kematian akibat denggi terus meningkat dengan terbaru seorang pekerja kilang lelaki berusia 36 tahun di Selangor dan seorang pelajar perempuan sebuah universiti di ibu negara menjadi mangsa nyamuk aedes pada minggu lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman, dua kes kematian tersebut menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang maut akibat wabak denggi di seluruh negara sejak Januari lalu seramai 45 orang.

“Pesakit ini mengalami demam, sakit tekak, muntah, hilang selera makan dan dehidrasi telah mendapatkan rawatan di klinik dan seterusnya dirujuk ke hospital sebelum dimasukkan ke wad. Setelah keadaan menjadi semakin kritikal, pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, setelah dirawat di ICU, pesakit meninggal dunia akibat “Dengue Shock Syndrome.” Hasil siasatan di rumah kediaman pesakit mendapati kadar pembiakan aedes adalah tinggi iaitu masing-masing pada kadar 11.8 peratus dan 14.7 peratus,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Lokman berkata, kes kematian denggi tertinggi dicatatkan di Selangor melibatkan seramai 12 mangsa diikuti o11 kematian di Johor dan tujuh kematian yang dilaporkan di Kuala Lumpur.

Beliau dalam pada itu melahirkan kebimbangan lokasi wabak denggi akan terus meningkat sekiranya masyarakat masih tidak sedar tentang bahaya demam denggi dan berusaha mengawal penularan jangkitan denggi.

“Kementerian Kesihatan memandang serius dengan peningkatan kes dan kematian denggi yang melanda negara sejak kebelakangan ini,” tegas beliau.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar